tag:blogger.com,1999:blog-24308481121898794802024-03-08T11:58:23.422-08:00Jiwa MerdekaJiwa Merdekahttp://www.blogger.com/profile/09871052892079216296noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-2430848112189879480.post-57478940513998551412013-01-22T07:50:00.003-08:002013-01-22T07:50:56.878-08:00Buku Lee Kuan Yew yang menarikPada tahun 1960-an, ketika saya masih muda, idola politik saya ialah Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura. Saya begitu kagum dengan kebijaksanaan beliau. Apa saja berita tentang beliau sentiasa saya ikuti. Dan apa saja penerbitan tentang diri beliau, saya cuba perolehi.

Oleh itu, pada tahun 1968, apabila terbit buku Lee Kuan Yew oleh Alex Josey, saya telah membeli buku tersebut, walaupun ketika itu bahasa Inggeris saya masih sangat lemah. Pada masa itu saya sebenarnya masih belum boleh membaca dan memahami buku tersebut. Dan buku itu terpaksa saya simpan sahaja.

Pada tahun 1972, ketika saya berada dalam Tahun Ke-2 di UKM, saya cuba membaca buku tersebut. Bahasa Inggeris saya sudah baik sedikit, tetapi saya terpaksa membaca buku itu dengan bantuan kamus.

Setelah membacanya kira-kira 100 muka, saya terpaksa menyerah kalah, kerana merasakan masih sukar untuk membaca buku tersebut. Jadi buku itu sekali lagi terpaksa saya simpan sahaja.

Baru-baru ini saya teringat kepada buku tersebut dan cuba membacanya, setelah lebih 40 tahun buku itu berada dalam simpanan saya. Nampaknya buku itu masih menarik!Jiwa Merdekahttp://www.blogger.com/profile/09871052892079216296noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2430848112189879480.post-65783347433506309792012-10-22T09:56:00.003-07:002012-10-22T09:56:45.661-07:00Apakah beza 1 Malaysia daripada Malaysian Malaysia?Konsep Malaysian Malaysia dikemukakan oleh DAP. Konsep 1 Malaysia dikemukakan oleh Najib.

Kerana terdesak untuk mendapatkan undi Cina, Najib menyetujui apa saja yang diminta oleh orang Cina, dan seolah-olah bersetuju dengan konsep Malaysian Malaysia.

Betulkah begitu?Jiwa Merdekahttp://www.blogger.com/profile/09871052892079216296noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2430848112189879480.post-82392415426294727422011-11-28T08:28:00.000-08:002011-11-28T08:28:49.177-08:00Umpan untuk pilihan rayaMenjelang pilihan raya umum ke-13, yang mungkin tidak lama lagi, kerajaan begitu bermurah hati memberi sumbangan atau bantuan kepada pelbagai pihak -- dari nelayan, hinggalah kepada murid sekolah, petani dll.

Ini barangkali bertujuan untuk memancing undi.

Pemberian itu agaknya boleh diambil. Akan tetapi, rakyat tentu tidak harus merasa terhutang budi, kerana apa yang mereka terima pada hakikatnya adalah umpan untuk pilihan raya.

Rakyat sepatutnya tetap merasa bebas untuk memilih calon dan parti yang mereka suka.Jiwa Merdekahttp://www.blogger.com/profile/09871052892079216296noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2430848112189879480.post-23119991853964624232011-09-03T03:33:00.000-07:002011-09-03T03:33:01.347-07:00Tali barut penjajahOrang-orang yang bekerja makan gaji dengan penjajah, dan mempertahankan pengekalan pemerintahan penjajah mengaku sebagai pejuang kemerdekaan. Lucu sekali!Jiwa Merdekahttp://www.blogger.com/profile/09871052892079216296noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2430848112189879480.post-33383222764135909792011-08-27T23:46:00.000-07:002011-08-27T23:46:55.465-07:00SalamIni blog baru saya. Selamat berjumpa, berkenalan dan berdiskusi, bagi mereka yang sudi.Salam.Jiwa Merdekahttp://www.blogger.com/profile/09871052892079216296noreply@blogger.com0